♥ double Y ♥
ABOUT ENTRY 오빠들 TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Jerebu.
26 June 2013• 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum readers.

So macam mana hari ni ? Harap semuanya baik-baik belaka . Mana tak nya , masalah jerebu makin menjadi-jadi . IPU semakin meningkat dari semasa ke semasa . Khamis ni aku dah nak balik ke KL untuk sesi pendaftaran semester baru , hari Jumaat nanti . Aku taktahu lah KL tu macam mana . Dengar-dengar IPU kat sana tinggi . Macam mana lah nak hidup dengan keadaan aku yang tak berapa baik sekarang ni .

Jerebu dekat area Seri Iskandar ni boleh tahan jugak . Hari Isnin lepas dah mula datang jerebu nya tapi tak lah teruk mana . Aku ke klinik . Masa nak balik tu , aku dah tak nampak sekolah menengah aku yang dekat atas bukit . Kabur-kabur je . Lepas tu semalamnya , hari Selasa , jerebu makin teruk . Rumah jiran sebelah dengan jiran belakang je aku boleh nampak . Yang lain-lain , macam dah hilang . And hari ni , lepas hujan lewat petang semalam , Alhamdulillah , keadaan semakin baik . Allah mendatangkan hujan sebagai rahmat-Nya . Syukur .



keadaan area perumahan aku semalam (Selasa) . gambar diambil dari tingkap bilik aku :)



keadaan area perumahan aku hari ini selepas hujan lewat petang semalam . gambar juga diambil dari tingkap bilik aku :)
Semalam Haslam pun sakit-sakit . Haslam ada asma . Dia datang sekolah semalam pakai mask . Balik rumah petang tu keadaan dia tak berapa baik . Dah mula rasa susah nak bernafas , batuk and badan dah start nak panas . Malamnya ke hospital pukul 8 . Balik pukul 11.30 . Umi cakap kena jaga elok-elok budak ni even suhu badan baru 38°C . Kalau tak dijaga elok-elok mau naik tinggi lagi and kena bawak balik ke hospital . and Alhamdulillah keadaan Haslam dah makin baik . Elok je tengok tv ni haaa .

Apa-apa pun kesihatan diri mesti dijaga lagi-lagi yang duduk dekat area yang ada masalah jerebu yang teruk tu . Nak keluar pastikan pakai mask . Kalau takde pun cover lah pakai apa-apa . Tapi lagi baik kalau duduk dalam rumah je , tak payah nak keluar ke mana-mana .

Okay , rasanya itu je untuk hari ni . Jaga kesihatan masing-masing eh . Take care . Wa'salam .

p/s : Alhamdulillah result aku amat membanggakan . Tak sangka dapat result sebaik tu . And aku akan cuba maintain-kan pointer aku sampai habis dip InsyaAllah :)


PREVIOUSNEW
THE BOSS


An introverted living human. A total fangirl

MESSAGES

hello :)

POSTS


YANG YOSEOB


He is my all time favorite smol mochi