Selamat Hari Guru ♥
15 May 2013• 2 comments Bismillahirrahmanirrahim .Esok , 16 Mei 2013 , adalah Hari Guru , yang sememangnya akan disambut di seluruh Malaysia . Adik-adik aku kemain excited gila siap prepare-kan hadiah untuk cikgu-cikgu diorang . Al-maklumlah bebudak kan :) . Aku pun rasa excited jugak . Rasa macam nak je aku ke sekolah esok . Tapi macam-macam pulak lah hal nya . Umi bawak Exora besok ke sekolah sebab nak bawak barang banyak . So tinggallah Iswara di rumah . Masalahnya Iswara tu dah kehabisan minyak . Umi nak isi petang besok takpun hari Jumaat . Lagi pun aku cadang nak puasa besok . Hmmmmmm . Kat sekolah pun mesti aku rasa a little bit awkward sebab junior ramai yang aku tak kenal . Dengan cikgu-cikgu pun ......... Hehe . Tadi baru je jumpa dengan Cikgu Kamariah , cikgu aku yang ajar Geografi dari Form1-3 . Aku ingat lagi sebelum amik PMR dulu . Aku sangat-sangat bermasalah dengan subjek Maths , Sejarah and Science . Tiga-tiga subjek tu macam langsung tak ngam dengan aku . Tuisyen aku pergi . Kat rumah belajar kemain bersungguh . Latihan berbuku-buku aku buat . Tapi apa yang aku dapat agak tak berapa nak memuaskan hati . Aku selalu dapat markah lower than 60% , untuk tiga-tiga subjek tu . Maths jangan cakap lah , ke laut . Aaaa lagi satu English . Pun selalu dapat markah rendah . Jadi cikgu-cikgu banyak tolong aku , bagi nasihat apa semua . Aku ingat lagi masa kelas Maths . Cikgu Rosni , cikgu Maths , panggil sorang-sorang students datang ke meja , consults dengan dia . Tiba turn aku , cikgu tanya aku target gred apa untuk subjek dia . Dia cakap dia tak sarankan aku target A sebab masa tu gred aku C . Tapi cikgu cakap kalau aku target A , cikgu akan tolong seupaya yang mungkin . Bagi aku Cikgu Rosni sangat caring . Dia betul-betul amik berat pasal students dia . So , lepas trial PMR rasanya , ke lepas dari pertengahan tahun , entahlah aku dah tak ingat , cikgu gasak kitorang semua buat latihan Maths bebanyak sampai aku rasa dah muak tengok soalan-soalan tu semua . Macam-macam lah yang cikgu buat . And Alhamdulillah aku dapat A :) . Same goes for Sejarah but not for Science and English . Tapi Alhamdulillah jugak aku dapat B untuk dua subjek tu . I've got 6A's for my PMR . Taklah sebagus mana tapi Alhamdulillah . Terkejut jugak boleh dapat 6A sebab dari Form 1 , aku tak pernah dapat lebih dari 3A . Biasanya yang 3 tu BM , Geografi and Pendidikan Islam . Yang lain B , C . D pun ada . B sikit je . C dengan D yang banyak . Sedih kan . Okay . Tu je cerita yang aku nak share . Sikit je jadilah kan ? Hehe . So , berbalik kepada tajuk entry di atas . Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru di seluruh Malaysia especially to cikgu-cikgu yang banyak ajar aku dari aku kecik sampai ke beso sekarang ni . Kepada cikgu-cikgu Tadika Kemas HTAA , SK Tok Sira , SK Telok Bakong dan SMK Seri Iskandar , tak lupa jugak kepada lecturers yang mengajar dari semester 1-4 , terima kasih banyak-banyak atas didikan dan tunjuk ajar yang kalian dah berikan selama ni . Saya menghargai jasa baik kalian mengajar saya sampailah saya berjaya ketika ni . Terima kasih . Selamat Hari Guru ♥
Ohhh . Selamat Hari Guru untuk Umi jugak . Umi pernah ajar aku time sekolah rendah dulu . Thanks Umi . Akak sayang Umi ♥ :)
|
THE BOSS MESSAGES POSTS
Birthday Cake
Happy Birthday to My Only Beloved Ayah ♥ ^^
It's Monday.
Untitled.
Me.
Another Week With Assignments & TNB Production.
Rough Day .
The End of Mid-Term Break.
Mid-Term dah habis :)
My Biggest Mistake
YANG YOSEOB
|