♥ double Y ♥
ABOUT ENTRY 오빠들 TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Selamat Hari Raya ♥
5 August 2013• 1 comments
Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum semua .

Nampaknya macam dah lama aku tinggalkan blog ni . Last entry yang di-update pada 21 Julai , nak dekat dua minggu I guess . And lepas tu kan , pejam celik pejam celik bulan Ramadhan ni dah nak habis dah . Lagi berapa hari je nak raya . As for me lah kan , bila umur dah nak masuk 20-an ni kan , feeling nak raya tu dah macam biasa biasa je . Masa kecik kecik dulu yelah eksaited kemain . Nak kumpul duit raya bebanyak , nak bertandang rumah sedara mara makan juadah hari raya yang sedap sedap , lepas tu jumpa kengkawan pergi beraya sesama . Dulu aku macam tu lah . Sekarang ni , aku rasa takde dah nak buat semua tu . Aku lebih suka duduk rumah , tambah lemak sumbat itu ini dalam perut . Kalau keluar beraya pun sebab ayah umi suruh ikut . Kalau tak disuruh , melekat atas kerusi depan meja makan lah jawabnya .

And raya tahun ni pun macam tak rasa nak raya . Lecturer bagi assignments sebagai duit raya . Lepas tu semester ni semester terakhir before aku practical kat sekolah as an English practical teacher //sigh// . So raya tak boleh nak sakan sangat since ... yelah assignments kali ni more to practices for practical nanti . Sedih tau //sobbing//.

Anyway , aku rasa first day raya aku memang takkan ingat assignments apa semua tu . Entah entah sampai kesudah , habis cuti raya pun assignments tak disentuh XD

Okay . Disebabkan lagi beberapa hari nak raya ni , susah sikit nak cari masa untuk update new entry . Lagipun petang ni dah nak balik kampung . Tambah lagi dengan busy nak buat kek , biskut raya , kemas rumah , tukar langsir and sarung kusyen sofa apa semua . Sliding door rumah pun tak dibersihkan lagi . Kerja aku lah semua tu . Kerja umi di dapur je . Aku tolong sikit sikit . Selain dari kerja di dapur , yang lain lain tu kerja aku . Ni pun curik masa sekejap nak bukak blog . So , di pagi yang hening ini //hening lah sangat// , saya , Nur Liyana @ Yana Irdany , bersama suami Yang Yoseob dan Park Chanyeol //sudah la abaikan part ni saya memang begini XD// , ingin memohon maaf dari A hingga Z atas segala kesalahan kata kata dalam setiap entry yang mungkin membuatkan readers semua terasa hati dan sebagainya . Saya juga ingin memohon maaf atas kekerapan saya meng-update entry yang diselangi dengan gambar gambar comel suami //ayat mintak penampar// . Harap semua memahami XD .

comel je "teruskan bertenang" XD
Maap la . Mengarut je pagi pagi macam ni . Anyway , Selamat Hari Raya Aidilfitri . Bulan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari ni mohon dimanfaatkan sepenuhnya //pesanan untuk saya juga// . Maafkan segala kesilapan aku sepanjang aku jadi blogger ni . Nanti readers semua yang nak balik kampung tu hati hati yea . Okay . Selamat Hari Raya sekali lagi . Wa'salam ♥ ;)


PREVIOUSNEW
THE BOSS


An introverted living human. A total fangirl

MESSAGES

hello :)

POSTS


YANG YOSEOB


He is my all time favorite smol mochi