♥ double Y ♥
ABOUT ENTRY 오빠들 TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
My bad skin.
26 February 2015• 0 comments
Bismillah.

Hari ni hari khamis. Ada lagi 2 hari sebelum aku berhenti kerja as a part-time worker. Dah 6 bulan aku kerja. Tak sangka cepat sangat masa berlalu.

So today I feel like I want to post an entry pasal my super sensitive skin.

Pasai pa?

Well. Few years ago ayah bawak aku ke satu klinik ni. Aku namakan dia Klinik N lah. Konon orang kata klinik tu bagus. So ayah drove all the way from Seri Iskandar to Tanjung Tualang. Masa tu menunggu Ya Allah ramai gila orang. Masa tu sapa ikut ntah Pais ke Wani tak ingat. Rasanya Wani. Nasib lah ada kedai makan so sementara aku tunggu turn diorang melepak dekat situ -_-

Okay lepas tu masuk bilik jumpa doktor. Oh lupa nak bagitau. Masa tu aku ada infection pada bahagian lengan aku. Dia macam gatal-gatal lepas tu kau garu-garu lepas tu merah-merah lepas tu kau garu lagi lepas tu luka and so on sampai lah dia merebak (sadis). Okay sambung balik. Lepas tu doktor check lengan aku belek-belek apa semua lepas tu tanya aku ada alahan pada apa-apa tak. So aku pun list down lah segala benda yang aku alah (eleh macam banyak je). Takde lah banyak sangat. Seafoods je. Masa tu lah. Heee. Ohh doktor tu cakap aku ni ada eczema. Macam sejenis penyakit kulit lah.

Lepas tuuuuuu. For 2 months, straight, tak jadi apaaaaaaaa. Sedih wooooo. Kesian ayah drive jauh-jauh lepas tu dah la mahal tapi tak jadi apa. Gatal and luka tu memang kurang but tak sembuh-sembuh. Luka tu still nampak berair dan ianya sangat menyedihkan. Sobs. Lepas tu aku dengan sendiri nya pergi la klinik-klinik yang aku rasa boleh tolong masalah aku ni. Aku tak ingat bila but rasanya masa aku punya tahun terakhir diploma kot (jun-dec 2013), aku bebas dari semua luka-luka tu hahaha.

Tetapiiiiiiiii. Masa aku mula kerja, hujung bulan 8 2014, aku dah mula nampak-nampak simptom-simptom yang kulit aku mula bermasalah. And taraaaaaaaaaaaaaaa. Dalam bulan 10 naik balik segala gatal luka kulit bermasalah tu, kat bahagian tangan, dekat dengan ibu jari belah kanan. Sampai sekarang tak hilang lagi. Sedih. Last month aku pergi Klinik 1Malaysia atas desakan si penguin yang tak habis membebel pasal tangan aku. Sekarang luka dah kering and tertutup. Cuma tinggal nak bagi hilang bengkak and kasi flawless je hahahaha. And parut of course la ada. Tapi sebab kulit aku ni macam hmmmm taktau la nak cakap macam mana, parut tu akan hilang lebih kurang dalam beberapa bulan la. Unless kalau asalnya luka yang teruk, haaaaa yang tu bertahun jugak la. Dalam1 to 2 years maybe?


Masa pergi jumpa doktor Klinik 1Malaysia tu dia cakap allergic ni. Aku iyekan aje sebab aku memang dah masak dah dengan kenyataan tu. Sekarang ni lagi banyak benda aku tak boleh makan. Dah la dengan masalah resdung teruk lagi. Sadis. Aku tak boleh makan seafoods, belacan, lepas tu tomyam (yang ummi masak je boleh ^^), segala makanan yang ada campur udang yang kecik-kecik tu, makanan yang dah bercampur dengan seafoods pun tak boleh, lepas tu telur (ni lagi sadis, favorite tau) and sekarang ni aku rasa aku macam tak boleh makan ayam lah (NI LAGI SADIS!). Lagi, aku ada allergic pada habuk. Hidung aku kalau dapat tangkap walau sikit je habuk dia mula berair pedih pastu hachummm sampai rasa nak tercabut hidung. Sedih rasanya. Allah tarik nikmat makan aku sikit demi sikit. Tapi aku still bersyukur sebab Allah tak tarik lagi nikmat-nikmatNya yang lain :)

Jadi kesimpulannya di sini, kulit aku sangat lah sensitip. Kadang-kadang kena gigit nyamuk pun garu-garu sikit dia akan jadi merah lepas tu berair sikit esok lusa sembuh tapi jadi parut -_- Aku sendiri tak paham dengan masalah kulit aku ni. Kesian future husband, susah nak jaga aku.

Dah itu je, I nak buat kerja rumah. Wa'salam.



PREVIOUSNEW
THE BOSS


An introverted living human. A total fangirl

MESSAGES

hello :)

POSTS


YANG YOSEOB


He is my all time favorite smol mochi