♥ double Y ♥
ABOUT ENTRY 오빠들 TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Girlfriends ♥♥
17 August 2014• 1 comments
Assalamualaikum wbt :)

Hari ni nak post pasal girlfriends. Girlfriends sejak zaman sekolah. Mirrah, Oca, Imah, Aimi, Fairuz & Maryam :)

Masa masing-masing sambung diploma, memang sangat susah nak cari masa free untuk jumpa. And sepanjang 3 tahun lepas, kitorang cuma berjumpa ramai-ramai 3 kali je. Itu pun ada yang takde. Yelah sebab cuti tak sama. Orang ni dah cuti dulu, orang ni still dalam exam week. Bila orang ni dah nak cuti, orang tu pulak dah nak masuk semester baru.

Then sekarang bila semua tengah cuti sebab dah habis belajar, masa reunion yeayyyyy! Tapi tu pun terkurang sorang jugak. Sadis. First reunion [konon reunion la], Aimi takdak. Masih di kampung, beraya. Second time, Maryam & Imah pulak takdak. Maryam dah balik IPG, cuti seminggu. Bakal guru kan [InsyaAllah], cuti macam budak sekolah. Imah pulak as usual lah, VIP. Ibu tak bagi -.-
And lepas tu dating yang biasa-biasa je hahahaha.

Nah. Hidang gambar untuk tatapan semua. Ni dah filter habis dah. Upload mana yang lawo je haha.

Dari kiri Maryam, Fairuz, Yana, Oca, Mirrah. Belakang tu Imah. Aimi tiada di dalam gambar.



Ni dekat Kellies' Castle. Maryam & Imah takdak.


Gambar last unplanned punya date. Masa ni aku baru lepas ambik gambar untuk graduate punya. Singgah ke rumah Fairuz pinjam lappy sebab lappy aku umi pakai and masa tu deadline nya esok. Alang-alang dah lama tak ke rumah dia kan so saja lah datang sambil buat kerja haha. Lepas tu masing-masing bosan so ajak Oca ke cinema. Yang lain busy. Gambar diambil selepas tengok Ju On 3 so masing-masing tak berapa nak betul sangat haha.

Esok diorang nak buat medical check up. Aku tak terlibat lah sebab aku bukan sambung degree bulan depan. Aku sambung tahun depan InsyaAllah. Lusa, kitorang plan nak ke UiTM, ada karnival kerjaya apa ntah Mirrah cakap lupa dah. Rabunya, wayaanngg haha. Cerita apa? Taktahu lagi. Konon nak tengok Guardians of The Galaxy. Tak pun Into The Storm tapi Oca dah tengok dulu. Tengok la macam mana tak decide lagi. Apa-apa pun, I'm looking forward for our next date hahaha.

Ohhh btw. Happy Birthday to my unbiological sister Ms Mirrah Diyana hahaha. Today, 17/08/2014, dah officially 21. We have been friends for almost 11-12 years aku pun tak ingat kita kenal masa darjah 3 / 4. Semoga panjang umur, murah rezeki and sihat selalu. Semoga sentiasa ceria dan bahagia. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kesenangan dari Allah SWT. And tak payah la doakan kau menjadi lebih matang ke apa sebab aku dah biasa, dah nak berbelas tahun hidup dengan kau yang macam kanak-kanak riang ni haha. Semoga cepat kahwin. Macam biasalah kalau taknak hantar kad, kau jerit je lah ke belakang rumah. Al maklum lah rumah dekat. Haha. I love you Mirrah. I love you so much. Happy Birthday ♥♥

And sekian. Wassalam.


PREVIOUSNEW
THE BOSS


An introverted living human. A total fangirl

MESSAGES

hello :)

POSTS


YANG YOSEOB


He is my all time favorite smol mochi