♥ double Y ♥
ABOUT ENTRY 오빠들 TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Children of 2 Bestari ♥
3 August 2014• 0 comments
Bismillah. Assalamualaikum semuaaaaa. Waaaaaaa!! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sebelum tu, saya Nur Liyana bt Ahmad Fakurazi ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan dulu, baik dengan sengaja atau tidak, sama ada dari segi mental atau fizikal (?). Maafkan saya, salam kosong-kosong ^^.

Oh sebelum tu, entry khas raya akan dipos kemudian. Stay tuned ;)

Okay. Untuk hari ni nak cerita pasal my students pulak, tapi tak semua lah. Only a few of them. Eh aku tak bias tau. Eh? Hahah

(Dari kiri) Depan: Milton, Jessica, Dania, Eveofieffy, Farisha.
(Dari kiri) Tengah: Azim, Alia, Elmelda, Valecia, An Nisa, Izza, Amanda, Imeldaa.
(Dari kiri) Belakang: Hemalatha, Julia, Evanez, Ivylia, Waiz, Allyzander, Dilan, Julios, Jimcester, Haziq [tak nampak muka], Adli, Najmi, Syelester, Terry. [Absent: Ikhwan, Dwellbert, Kaartine]

Haaaa ni lah dia anak-anak kesayangan 2 Bestari, SK Pengkalan Tentera Darat, Kem Sg Besi, Kuala Lumpur :). 30 orang kesemuanya. 11 Muslims only and the rest are Non-Muslims. Kebanyakan yang Non-Muslims asal dari Sabah and Sarawak.

Students' level memang obviously tak sama. 10 orang Linus students yang I've mentioned before are Farisha, Nisa, Hema, Kaartine, Evanez, Dilan, Syelester, Dwellbert and another aku tak ingat siapa. Kepada mereka-mereka ni lah aku bekerja keras, mengajar sampai mereka faham, dari sekecil-kecil perkara, hingga ke sesuatu yang baru dan asing bagi mereka. Memang penat. Dengan tak reti duduk diamnya, dengan masing-masing dok pot pet pot pet tak henti-henti dari awal aku masuk sampai habis kelas, fuhhhhhh. Memang sangat-sangat mencabar bagi someone yang juga panas baran macam aku ni. Being a teacher masa tu betul-betul buat aku belajar macam mana nak kawal kemarahan. Yelah anak orang kan lagi-lagi anak askar mau kau nak tempik herdik kat diorang. Report ke mak bapak kang, haaaa repeat sem la aku jawabnya.

Budak-budak memang nakal. But another thing is, yang paling aku bersyukur sangat, diorang dengar cakap. Memang la tiap-tiap hari aku kena jerit suruh diam apa semua, tapi pesanan aku, nasihat aku, ingat semuanya. Terharu *sobs*

Hmmmmmm. Nak cerita apa lagi eh. Haaaaa.


Ni lah barisan reliable students yang dikasihi :) Lets talk a bit about them.

First picture, Jimcester. Ketua kelas yang sangat bertanggungjawab dan merendah diri. Cerdik. Pemikiran matang macam budak darjah 4. Agak pemalu. Sebelah nya, Haziq, penolong ketua kelas, juga seorang yang bertanggungjawab tapi kadang-kadang cuai jugak, lagi-lagi bab ambik buku dekat meja aku. Sebabnya suka lari dulu sebelum arahan aku habis. Cerdik, bising. Haha. Sebelah nya lagi, Amanda. Suka bertanya. And she's the only girl in my class yang rupa-rupanya anggap aku ni macam ibunya ♥. Pengawas sekolah. Next, Julios. Suka berkhayal, tapi cerdik. Rajin. Bagi lah homework apa-apa pun mesti siap. Juga pengawas sekolah. And macam Jimcester, berfikiran matang. Dan juga sangat memahami aku.

Gambar bawah pulak. Start dari kiri okay. Azim. Kalau dia tak datang aku akan rasa susah hati, sebab dia lah pembantu aku dalam kelas. Tukang jawab soalan. Tukang memahamkan kawan-kawan yang agak lemah dalam English. Pandai gilos. Kreatif. Tak kacau orang. Suka buat kerja sendiri. Next, Dania. Perangai macam Azim jugak. Cuma bezanya Dania ni tak reti duduk diam and banyak cakap. Pengawas sekolah. Haha. Sebelah, Terry. Tukang menyedia dan mengemas materials. Paling selalu offer diri nak tolong angkut semua barang-barang aku. And the only one yang paling bagus dalam membantu aku mendiamkan kawan-kawan dia yang lain kalau kelas jadi tak terkawal / bising. And the last one, Ikhwan. Diam-diam ubi berisi. Pandai, pendiam, pemalu. Selalu menyalin / menulis lambat. Alasan yang diberi sebab dia nak fokus supaya tak salah salin / tulis jawapan -.-. Paling banyak kena sakat dengan aku dalam kelas. Bila kena marah tak nak bercakap dengan aku, pandang pun taknak. Tapi esoknya elok je sembang dengan aku, macam takde apa -.-

Haaaa begitu lah kisahnya tentang anak-anak 2 Bestari yang dikasihi. Comelkan diorang? ^^. Semuanya nakal, semuanya kadang-kadang selalu nak buat aku hampir naik angin and menangis. Tapi walau macam mana pun aku sayang. Banyak sangat memori yang tersimpan dengan anak-anak ni. Bila cerita balik pasal bebudak ni rasa nak menangis pula, rindu.

Tu lah. Tak tau lagi bila boleh jumpa. Cuma boleh doakan diorang dari jauh, kesihatan diorang, kebajikan diorang, pendidikan diorang, semuanya lah.. Semoga semuanya baik. Semoga membesar dengan sempurna dan menjadi orang yang berguna. Amin. Itu je untuk hari ni. Annyeong :)


PREVIOUSNEW
THE BOSS


I'll be your light - 020317

MESSAGES

hello :)

POSTS


YANG YOSEOB


He is my all time favorite smol mochi