♥ double Y ♥
ABOUT ENTRY 오빠들 TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Semester Akhir - Practicum
21 July 2014• 0 comments
Bismillah.

So today I decided to post an entry about my practicum experiences.

Satu group which consists 3-4 students akan dihantar ke sekolah-sekolah yang terlibat. Macam biasa, memang dah plan awal-awal masa semester break lagi, aku, Shushu, Ieyqa and Ainul, satu group. Supposed to start our practicum on 14th January, tapi group aku, aku rasa group aku yang satu-satunya paling lambat, start 22nd January. Sebab apa? First school yang kitorang pergi masa mula-mula macam tak terima kitorang, dengan alasan sekolah kecik students sikit. Tapi memang sekolah tu kecik pun. So we decided to came back to our college and jumpa coordinator. Dia carikan sekolah baru.

Then, a few days later coordinator informed yang dia dah dapat sekolah baru untuk kitorang - SK Pengkalan Tentera Darat, Kem Sg Besi, KL. Masa ni memang betul-betul menguji semuanya lah. Rumah sewa takde transport takde, memang serba serbi susah. Nak pulak pihak pentadbir sekolah tu pun menguji fizikal and mental kiorang berempat. Dua hari berurusan baru boleh mula mengajar [actually GB sekolah taknak kitorang pun but atas jasa baik GKP1 kitorang diterima].

Memang banyak benda yang jadi, dari 22/01/2014 - 02/05/2014 huh hamik aku bagi the exact dates. Paling tak boleh lupa, of course lah my students. Aku dapat 2 Bestari, which half of the class adalah non-muslim students [Sabahans & Sarawakians]. Subjek major aku English and minor pulak DST [Dunia Sains & Teknologi]. 2 Bestari ni kelas ketiga dari 7 kelas. Even kelas ketiga pun mencabar jugak. Students' level tak sama. Dalam kelas aku, for English subject ada 10 orang linus students kalau tak silap aku lah, means yang lemah untuk subjek aku. And memang dah terasa tanggungjawab untuk ajar anak-anak ni sampai diorang tahu English. Semudah-mudah perkara bagi kita adalah sesusah-susah perkara untuk diorang. So aku memang bekerja keras nak ajar diorang, at least sebelum aku habis practicum aku nak pastikan ada perubahan pada diorang ni. And Alhamdulillah masa exam awal tahun dulu, bulan March, 7 orang dapat A and 2 orang dapat B, sorang C untuk English [aku bangga sebenarnya haha].

Aku ingat lagi betapa annoying nya kanak-kanak 2 Bestari tu,

"Teacher Liyanaaaaaaaaa !!!'

"Ye kenapa -.-?"

"Nak peluk teacher boleh hehe ^^"

"Jangan mengarut -.-"

***

"Teacher Liyanaaaaaaaaa !!!"

"Ye ada apa?"

"Haiiiiiiiiiiiii :)"

"-.-"

Kadang-kadang tu boleh berlari, tak pun menjerit sekuat-kuat tidak dok panggil-panggil padahal takde apa pun. Aku tak biasakan diri aku untuk jadi friendly dengan students. Maksudnya macam manjakan students. For example, kalau students aku nak bertanya soalan diorang suka panggil aku datang ke tempat diorang. So aku ajar diorang, masa menuntut ilmu ni, sebab diorang yang nak belajar jadi diorang sendiri yang kena datang pada aku. Kira ada effort sikit lah konon hahaha. But overall, unexpectedly my students do listened to me well, even diorang ni hyper gila macam dalam badan ada extra battery, memang tak duduk diam.

Sepanjang nak dekat 5 bulan kat SKPTD tu aku cuba kumpulkan sebanyak memori yang aku mampu dengan murid-murid kat situ. Yelah sebab lepas tu mungkin tak jumpa lagi. At least kalau rindu ada jugak gambar and video yang nak ditengok haha.

Last 2 weeks, my student Najmi send messages guna Whatsapp mama dia, tanya macam mana aku sekarang tapi sekejap je sebab dia dah nak tidur. His mom pun send kat aku result exam dia yang pertengahan tahun punya. Result Najmi untuk paper Bi sangat baik :)

And now, I really miss them. Tak tau macam mana nak contact yang the rest tu. Yang ada phone num aku call lah. Aku harap InsyaAllah satu hari nanti Allah temukan aku semula dengan anak-anak aku :')

Okay itu saja untuk hari ni jari aku dah penat menaip k Assalamualaikum bye.

And selamat berpuasa :)





PREVIOUSNEW
THE BOSS


I'll be your light - 020317

MESSAGES

hello :)

POSTS


YANG YOSEOB


He is my all time favorite smol mochi